Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAFA mahu menjadi pasukan yang digeruni

11:13pm 28/01/2016 Ann Vivien 680 views Mutakhir,Sukan

KENINGAU: Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah SAFA mahu menjadi  pasukan yang digeruni dalam saingan liga perdana tahun ini.

Timbalan presiden II SAFA Datuk Lawrence Gimbang berkata ia bagi menyahut cabaran saingan dalam liga tersebut untuk menduduki ditangga teratas sekaligus merangkul piala kejuaraan.                    

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan persahabatan diantara pasukan Sabah FA dengan pasukan JUTA FC di Kompleks Sukan Keningau pada Selesa.                                    

Katanya, dengan adanya keyakinan  serta semangat juang yang tinggi dikalangan para pasukan ini sudah tentu akan mengembalikan lagi semangat dan sokongan padu dari setiap penonton seperti sebelum ini.                          

Dalam pada itu,  Lawrence berkata bagi memperkasakan lagi sukan bola sepak dinegeri ini, pihak SAFA sedang mengatur langkah dalam jangka dua atau tiga tahun untuk memantapkan lagi pasukan terutamanya mencari pemain pelapis terdiri pemain tempatan.  Pada perlawanan persahabatan ini, pasukan sabah FA telah menumpaskan pasukan JUTA FC  3-0 menerusi dua jaringan oleh Maxsius Musa dan gol ketiga oleh pemain simpanan Ummareng Bacok.    – Oleh Kalawon sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan