Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAFA kudat lancar tabung bantuan mangsa kebakaran

11:51am 09/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 49 views Sukan,Tempatan
Akram(empat kanan) menyerahkan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada wakil mangsa kebakaran

Akram(empat kanan) menyerahkan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada wakil mangsa kebakaran

KUDAT- Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) daerah Kudat melancarkan sebuah tabung bagi membantu mangsa kebakaran yang membabitkan 15 buah rumah musnah terbakat di Kampung Telaga Pitas, baru- baru ini.

Naib Ketua Bahagian UMNO Kudat, Akram Ismail berkata, beliau sangat terharu dengan inisiatif yang dilakukan itu bagi membantu mangsa kebakaran.

“Kita sangat bersimpati dengan musibah yang berlaku terhadap mangsa-mangsa kebakaran di kampung Telaga Pitas pada baru-baru ini.

“Justeru itu, melalui pelancaran tabung kebakaran seumpama ini, ia adalah antara langkah membantu meringankan beban mangsa terbabit,” katanya.

Menurut beliau, sikap saling membantu mangsa dalam kesusahan wajar dikekalkan dalam kalangan masyarakat sesuai dengan tuntutan agama yang menyeru untuk membantu orang dalam musibah.

Sempena pelancaran tabung amal itu beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada mangsa berkenaan.

Disamping itu, beberapa aktiviti turut diadakan seperti karaoke sambil menderma, dan perlawanan amal Bola Sepak OMB FC Kudat berlawan dengan Telaga FC.

Suasana kelihatan lebih meriah apabila beberapa pemimpin masyarakat turut sama menyaksikan program amal berkenaan sambil menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan itu.

Keputusan akhir bola sepak tersebut dimenangi oleh OMB FC yang berjaya menjaringkan sebanyak empat gol sekali gus mengalahkan Telaga FC yang hanya berjaya menjaringkan satu gol.-SayangSabah

Akram (tengah) menendang bola sebagai gimik pelancaran tabung amal kebakaran.

Akram (tengah) menendang bola sebagai gimik pelancaran tabung amal kebakaran.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan