Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAFA diminta tingkat kualiti permainan

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman merakamkan gambar kenangan sempena Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) 2014 di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman merakamkan gambar kenangan sempena Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) 2014 di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tidak mempunyai pilihan lain kecuali terus berusaha mempertingkatkan lagi corak permainan serta memperbaiki kelemahan di semua peringkat, kata Presidennya Datuk Seri Musa Aman.

“Kejayaan tidak dapat dicapai dengan sekelip mata, ia memerlukan gabungan beberapa faktor seperti pengurusan yang mantap, perancangan strategik serta komited dan dedikasi daripada para pemain,” katanya sempena Kongres Tahunan SAFA 2014 di Hotel Le Meridien di sini hari ini.

Beliau juga yakin bahawa semua elemen tersebut mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak Sabah, yang bakal diperkuatkan dengan kehadiran barisan empat pemain import baru.

“Saya berharap agar mereka (pemain) sentiasa menunjukkan komitmen yang penuh, berdisiplin, kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi kerana inilah faktor utama kejayaan bola sepak kita,” katanya.

Teks ucapan Musa telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Seri Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Pada liga musim lalu, Sabah gagal melayakkan diri ke saingan Liga Super berikutan persembahan yang hambar daripada pasukan. – Oleh Fizah Yusof/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan