Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sadiq Khan sah Datuk Bandar Muslim pertama London

9:15am 07/05/2016 Pak Roshan 157 views Global
DALAM kiraan akhir, Sadiq Khan menang dengan 1,310,143 undi manakala calon parti Konservatif, Zac Goldsmith memperoleh 994,614 undi. - Foto EPA

DALAM kiraan akhir, Sadiq Khan menang dengan 1,310,143 undi manakala calon parti Konservatif, Zac Goldsmith memperoleh 994,614 undi. – Foto EPA

LONDON: London menjadi ibu negara pertama di Barat yang memilih Datuk Bandar Muslim selepas Parti Buruh mengisytiharkan kemenangan calonnya, Sadiq Khan meskipun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.

Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengumumkan kemenangan Khan ke atas calon parti Konservatif, Zac Goldsmith, selepas melalui fasa kempen di mana Perdana Menteri, David Cameron mengaitkan Khan dengan pelampau Islam.

“Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk menjadikan London kota yang adil untuk semua!,” kata catatan Corbyn dalam akaun Twitternya selepas keputusan undi muktamad diumumkan.

Persaingan untuk menggantikan Datuk Bandar Boris Johnson dari Konservatif memperlihatkan bagaimana Khan, anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada tahun 1960-an, menentang Goldsmith, ayahnya seorang jutawan yang hidup mewah.

London's new Mayor Sadiq Khan (2nd R) is applauded after his election victory following the declaration at City Hall in central London on May 7, 2016.  London became the first EU capital with a Muslim mayor Friday as Sadiq Khan won the election that saw his opposition Labour party suffer nationwide setbacks. / AFP PHOTO / LEON NEAL

London’s new Mayor Sadiq Khan (2nd R) is applauded after his election victory following the declaration at City Hall in central London on May 7, 2016.
London became the first EU capital with a Muslim mayor Friday as Sadiq Khan won the election that saw his opposition Labour party suffer nationwide setbacks. / AFP PHOTO / LEON NEAL

Dalam kiraan akhir, Khan menang dengan 1,310,143 undi manakala Goldsmith memperoleh 994,614 undi.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio antara terawal yang menghantar mesej tahniah menerusi Twitter dan teruja untuk bekerjasama dengan Khan.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo juga dalam Twitternya berkata: “Kemanusiaan dan nilai progresif memberi manfaat untuk warga London.”

Tiada reaksi segera pula daripada Goldsmith, walaupun kakaknya, Jemima adalah bekas isteri kepada pemain kriket dan ahli politik Pakistan, Imran Khan yang berkata kemenangan Khan itu adalah satu contoh paling hebat kepada orang muda Islam. – AFP/BH Online

SADIQ Khan (kanan) bersama isteri, Saadiya Khan selepas mengundi di selatan London, semalam. - Foto EPA

SADIQ Khan (kanan) bersama isteri, Saadiya Khan selepas mengundi di selatan London, semalam. – Foto EPA

BIODATA: NAMA: Sadiq Aman Khan

JAWATAN DALAM PARTI: Ahli Parlimen Tooting

LAHIR: 8 Oktober 1970 (umur 45)

ISTERI: Saadiya Khan ANAK: Anisah Khan, Ammarah Khan

PENDIDIKAN: University of Law (1993), University of North London (1992)

PENULISAN BUKU: Fairness Not Favours: How to Reconnect with British Muslims

SADIQ Khan terpilih menjadi Datuk Bandar Muslim selepas Parti Buruh mengisytiharkan kemenangannya. - Foto AFP

SADIQ Khan terpilih menjadi Datuk Bandar Muslim selepas Parti Buruh mengisytiharkan kemenangannya. – Foto AFP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan