Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabun lemak untuk bekas kekasih

9:21am 13/01/2016 Pak Roshan 760 views Global
XIAO XIAO dengan sabun yang dihasilkan dari lemaknya.

XIAO XIAO dengan sabun yang dihasilkan dari lemaknya.

Zhengzhou (China): Terdapat pelbagai cara untuk membalas dendam ke atas bekas kekasih.

Bagaimanapun, seorang gadis di sini memilih cara unik untuk melakukannya.

Wanita yang berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu memuat naik gambarnya memegang sebuku sabun yang dibuat daripada lemaknya ke Internet. Dia bercadang menghantar sabun itu kepada bekas teman lelakinya.

Dia sebelum ini ditinggalkan lelakinya itu kerana dikatakan gemuk, lapor People’s Daily Online.

Dengan nama samaran ‘Xiao Xiao suka kecantikan dan makanan’, gadis itu mendakwa menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat dengan menjalani penyedutan lemak selepas ditingggalkan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan