Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabun jadi senjata

PISTOL yang dibuat oleh Benner. Gambar kecil, dari kiri Troy Benner dan Treiston Pierron.
PISTOL yang dibuat oleh Benner. Gambar kecil, dari kiri Troy Benner dan Treiston Pierron.

Louisiana (Amerika Syarikat): Dua banduan didakwa di mahkamah semalam kerana merancang melarikan diri dari penjara menggunakan pistol palsu dibuat daripada sabun dan tisu tandas, minggu lalu.

Troy Benner, 49, berada di Pusat Penahanan Lafourche di Thibodaux, Louisiana, sejak Februari kerana melakukan rompakan bersenjata, manakala Treiston Pierron, 32, sejak Ogos lalu kerana kesalahan sengaja menyebabkan kebakaran.

Sabun yang sepatutnya digunakan untuk membersihkan diri itu sebaliknya diubah suai supaya berwarna hitam, malah nampak amat realistik.

Ia dipercayai menjadi ‘senjata’ mereka untuk melarikan diri dari penjara berkenaan. Selain itu, Benner mencuri kunci gari milik seorang pegawai penjara yang tidak menyedari kehilangannya.-  Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan