Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABATA sasar kutipan dana RM50 ribu

Tun Juhar (tiga dari kanan) menabung ke dalam tabung SABATA sambil diperhatikan Masdah (empat dari kanan).

Kota Kinabalu : Pencegah Batuk Kering Sabah (SABATA) mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 pada tahun ini.

Menurut Penaung SABATA, Masdah Enti, kutipan pada tahun ini diharap meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi membantu menampung pesakit batuk kering (TIBI) di Sabah.

“Ini kerana penghidap batuk kering perlu menjalani rawatan sekitar enam bulan hingga dua tahun bergantung kepada jenis batuk kering yang dialami.

“Pada tahun sebelumnya, kita berjaya mengutip RM35,000 dana dan kami berharap ia dapat ditingkatkan lagi ke RM50,000 pada tahun ini.

“Dengan itu kita dapat meningkatkan lagi bantuan yang diberikan kepada penghidap TIBI serta membantu dalam meringankan beban yang ditanggung,” ujarnya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, pada Selasa.

Tambah Zaki, kunjungan tahunan itu adalah sebagai simbolik pelancaran kutipan yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 31 Julai.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjunganhormat mantan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar sebagai ucapan perpisahan sempena persaraan beliau pada 25 November 2018./Penerangan-

Zaki (dua dari kiri) turut menerima cenderakenangan daripada Tun Juhar (tengah).

Komen


Berita Berkaitan