Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah yakin sasaran 40 emas mampu dicapai

3:32pm 13/07/2016 Pak Roshan 110 views Mutakhir,Sukan
MUSA (tengah) bersama Tawfiq (empat dari kiri) dan Masiung (lima dari kanan) dan atlet SUKMA Sabah pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada kontinjen negeri ke kejohanan SUKMA Ke-28 Sarawak, di Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Edm

MUSA (tengah) bersama Tawfiq (empat dari kiri) dan Masiung (lima dari kanan) dan atlet SUKMA Sabah pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada kontinjen negeri ke kejohanan SUKMA Ke-28 Sarawak, di Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Edm

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin kontinjen Sabah mampu mencapai sasaran 40 pingat emas yang disandarkan kepada atlit negeri ini pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak yang bermula 22 Julai ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai jika ada kesungguhan dan keyakinan dalam kalangan atlit untuk melakar kejuaraan dalam setiap acara sukan yang disertai.

“Saya lihat atlit kita bersemangat tinggi….ini yang penting untuk kita melakar kejayaan dalam bidang sukan selain keyakinan dan usaha gigih,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada atlit SUKMA Sabah sempena Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada kontinjen negeri ke kejohanan SUKMA Ke-28 Sarawak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri yang juga Ketua Kontinjen SUKMA Sabah, Datuk Masiung Banah.

Kontinjen SUKMA Sabah disertai 445 orang termasuk 339 atlit dan 106 pegawai.

Sementara itu, Musa mengingatkan atlit SUKMA negeri ini agar menjaga disiplin dan bermain dengan bersungguh-sungguh demi nama baik negeri.

“Sebagai atlit yang mewakili negeri, mereka juga berfungsi sebagai duta kecil yang membawa nama negeri Sabah. Jadi jagalah nama baik kita,” katanya.

Terdahulu, Musa menyerahkan bendera negeri kepada Masiung sebagai simbolik penyertaan Sabah ke kejohanan SUKMA Ke-18 di Sarawak sebelum bersalaman dengan ketua pasukan acara sukan yang ditandingi.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan