Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah yakin kekal juara di SOPMA ke-19

5:39pm 28/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 133 views Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
TAWFIQ menyerahkan bendera Sabah kepada Kontinjen Negeri Sabah ke SOPMA ke-19 Sarawak 2016

TAWFIQ menyerahkan bendera Sabah kepada Kontinjen Negeri Sabah ke SOPMA ke-19 Sarawak 2016

PUTATAN- Sabah yakin dapat kekalkan kejuaraan yang disandang pada Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ke-19 di Sarawak yang akan berlansung selama lapan hari bermula 30 Sept sehingga 7 Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya telah menyasarkan 13 pingat emas pada temasya tersebut.

Katanya, atlet Sabah mampu memberi saingan dengan negeri lain selepas berjaya membawa pulang 10 pingat emas; sembilan perak dan sembilan gangsa pada temasya sama di Melaka dua tahun lalu.

“Oleh itu, para atlet hendaklah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik agar kejohanan pada tahun ini bakal melahirkan lebih ramai atlet muda Negeri Sabah yang berpotensi ditonjolkan ke peringkat antarabangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera SOPMA ke-19 Sarawak 2016 disini, hari ini.

Kontinjen SOPMA Sabah akan menghantar 59 atlet dan pegawai bagi mengikuti empat acara yang dipertandingkan termasuklah olahraga, badminton, bola sepak dan boling.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah Awang Damit Awang Anak dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sabah Spancer Soo.

Menurut Tawfiq, pihaknya juga mahu atlet sentiasa memberi fokus kepada matlamat kejayaan yang telah disasarkan.

“Saya percaya, sekiranya kita sentiasa fokus kepada kejayaan, berfikir secara positif, mempunyai keyakinanbyang tinggi dan tidak bersikap sambil lewa, kejayaan akan menjadi milik kita,” ujarnya

Selain itu, kerajaan melalui KBS turut menyediakan peruntukan bersesuaian daripada segi persiapan dan insentif kepada atlet dan jurulatih.

“Bagi atlet yang berjaya meraih pingat emas, pihak kementerian akan memberikan insentif kemenangan sebanyak RM1,000 manakala bagi perak akan memperoleh RM300 dan gangsa RM200.

“Diharap menerusi insentif ini atlet akan dapat meraih lebih banyak pingat di temasya sukan ini,”katanya.

Sementara itu, Tawfiq berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam menjayakan program pembangunan sukan untuk orang pekak.

“Ini termasuklah sektor swasta,pertubuhan bukan kerajaan (NGO),badan atau persatuan sukan dan masyarakat keseluruhannya,” katanya. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan