Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SABAH YAKIN CAPAI SASARAN 40 PINGAT EMAS PADA SUKMA KE-18

7:11pm 07/06/2016 Pak Roshan 130 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
MENTERI Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (dua dari kanan) menyerahkan surat pelantikan sebagai ketua kontinjen atau 'Chef De Mission' SUKMA kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah. - Foto BERNAMA

MENTERI Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (dua dari kanan) menyerahkan surat pelantikan sebagai ketua kontinjen atau ‘Chef De Mission’ SUKMA kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 7 Jun (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata dengan persiapan rapi yang dilakukan sejak 2014, kontinjen Sabah yakin mampu mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Kuching, Sarawak Julai ini.

Beliau berkata keyakinan untuk mencapai sasaran pingat emas itu adalah berdasarkan laporan semasa yang diberikan anggota Jawatankuasa Sukma Sabah bersama jurulatih, serta prestasi semasa yang ditunjukkan para atlet yang bakal bertanding dalam kejohanan itu.

“Pelbagai program telah dirancang dengan rapi oleh ahli Jawatankuasa Sukma Sabah bersama persatuan sukan dan jurulatih yang terlibat untuk memantapkan barisan kontinjen Sabah bagi mencapai sasaran pingat emas itu.

“Oleh itu kami berharap tiada sebarang masalah yang berlaku seperti kecederaan kepada para atlet. Kami mahu semua atlet dalam keadaan terbaik termasuk dari segi mental dan fizikal semasa bertanding dalam kejohanan itu nanti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejohanan itu, kontinjen Sabah hanya mengikuti 21 daripada 24 jenis sukan yang dipertandingkan dan jenis sukan yang tidak disertai adalah menembak, petangue dan wushu.

“Kekuatan kontinjen pada kali ini ialahs eramai 445 orang iaitu 339 atlet dan 106 pegawai yang akan diketuai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masiung Banah.

“Saya berharap atlet kita dapat berjuang dengan sedaya upaya, memberi saingan yang hebat, selain menjaga nama baik negeri Sabah sepanjang temasya Sukma Ke-18,” tambah beliau.

Pada masa yang sama Tawfiq berkata pemenang pingat emas individu bagi Sabah pada kejohanan itu akan menerima insentif sebanyak RM5,000, dan RM1,000 setiap seorang bagi acara berpasukan.

“Insentif kemenangan itu adalah untuk membakar semangat dan komitmen atlet, supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat emas untuk Sabah,” katanya.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan