Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,772

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah wujudkan lebih banyak Pusat Maklumat Pemakanan

7:30pm 23/04/2016 Pak Roshan 48 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
DR Christina Rundi (tengah) ketika melawat Pusat Maklumat Pemakanan negeri cawangan Penampang di Majlis Perasmian Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat negeri di Klinik Kesihatan Penampang. - Foto Malai Rosmah Tuah

DR Christina Rundi (tengah) ketika melawat Pusat Maklumat Pemakanan negeri cawangan Penampang di Majlis Perasmian Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat negeri di Klinik Kesihatan Penampang. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU, 23 April : Sebuah lagi Pusat Maklumat Pemakanan dibuka di Sabah menjadikan keseluruhannya dua pusat maklumat seumpama itu beroperasi di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi.

Beliau berkata Pusat Maklumat Pemakanan yang dibuka di Klinik Kesihatan Penampang itu bertujuan menyediakan kemudahan pembelajaran mengenai pemakanan sihat yang tepat dan terkini.

“Pelbagai aktiviti asas disediakan di pusat ini, seperti pameran pemakanan, saringan kesihatan dan status berat badan, demonstrasi memasak, edaran risalah pendidikan dan permainan interaktif pemakanan.

“Selain itu, pelbagai aktiviti semasa yang menarik disediakan seperti cara membuat roti yang lebih sihat, penyediaan menu masakan untuk kanak-kanak yang kurang selera makan dan menu masakan bagi mengurangkan berat badan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Maklumat Pemakanan itu, dekat sini, Sabtu.

Dr Christina berkata sebuah lagi Pusat Maklumat Pemakanan telah diwujudkan sebelum ini di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Keningau.

“Kita berharap masyarakat dapat memanfaatkan pusat berkenaan untuk mendapatkan pengetahuan tentang pemakanan yang lebih sihat,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Dr Christina turut merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2016 peringkat negeri.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan