Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Wedding Showcase kembali lagi

4:12pm 05/03/2016 Leolerry Lajius 77 views Perniagaan,Tempatan
Datin Vicky Yee ketika mengunjungi salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam Expo tersebut.

Datin Vicky Yee ketika mengunjungi salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam Expo tersebut.

KOTA KINABALU: Sabah Wedding Showcase kembali lagi untuk kali kedua yang diadakan di pusat beli belah Oceanus Waterfront Mall yang akan diadakan sehingga 6 Mac bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 9.00 malam yang telah dirasmikan oleh Datin Vicky Yee.

Terdapat lebih daripada 20 syarikat yang mengambil bahagian dalam expo ini yang terdiri daripada beberapa kategori iaitu, gedung perkahwinan, kesihatan dan kecantikan, kedai gubahan bunga, forografi dan juga aksesori perkahwinan.

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan melalui setiap pembelian dan pasangan baru yang mendaftarkan package perkahwinan juga berpeluang memenangi hadiah lumayan berjumlah RM500.00 hingga RM1000.00.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai expo ini orang ramai boleh menghubungi talian 014-9575738 atau melayari www.facebook.com/SabahWeddingShowcaseEvent.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datin Vicky Yee (tengah) bersama wakil syarikat yang menyertai expo memotong riben perasmian.

Datin Vicky Yee (tengah) bersama wakil syarikat yang menyertai expo ketika gimik perasmian expo tersebut.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan