Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Warta Kawasan Taman Laut Terbesar Malaysia

9:11am 27/05/2016 Pak Roshan 249 views Mutakhir,Pelancongan

laut

SABAH – Menerusi satu tweet di akaun Twitter milik Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) hari ini mengumumkan bahawa Sabah telah mewartakan seluas lebih kurang 898,762.72 hektar kawasan laut di bahagian utara negeri itu sebagai taman laut.

Kawasan itu merangkumi Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas sehingga ke Zon Eksklusif Ekonomi di Selat Balabac, Sabah.

 

MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

Kawasan itu merangkumi Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas sehingga ke Zon Eksklusif Ekonomi di Selat Balabac, Sabah.

Pewartaan itu juga termasuk terumbu karang yang mengelilingi pulau-pulau di sekitar kawasan tersebut dan kawasan yang berdekatan, secara keseluruhan.

Beliau berkongsi maklumat tersebut dan mengatakan bahawa kawasan itu akan dikenali sebagai Taman Marin Tun Mustapha dan ia merupakan taman laut terbesar di Malaysia.

“Berjaya! Taman Marin Tun Mustapha di utara Sabah merupakan yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 2.2 juta ekar,” tulisnya di twitter. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan