Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah wajar dapat pertambahan kerusi DUN, Parlimen

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.  - foto Jimmy Tan
Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – foto Jimmy Tan

PAPAR – Sabah wajar mendapat pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan  Negeri (DUN) setelah kali terakhir semakan itu dilakukan lebih 10 tahun lalu iaitu pada 2003 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, walau bagaimanapun, bagi  kerusi Parlimen yang memerlukan suara majoriti dua pertiga di Parlimen, ia mungkin agar sukar untuk dilaksanakan.

“Kalau boleh semua kawasan minta (pertambahan kerusi), tetapi kita kena realitik bahawa semua tidak dapat kerana ia berdasarkan garis panduan SPR dan kita harus akur dengan keputusan SPR berdasarkan standard dan piawaian yang ditentukan dan telah digariskan kerajaan melalui SPR,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Jangka Pendek 2015: Kursus Seni Kreatif Jahitan dan Memasak di Pusat Rehabilitasi Cure & Care Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permohonan oleh beberapa wakil parti politik di negeri ini agar  SPR melakukan semakan dan menambah kawasan Parlimen dan DUN di Sabah.

Ditanya sama ada perkara itu perlu disegerakan, Tawfiq memberitahu pilihan raya di Sabah hanya akan diadakan pada 2018, sekaligus tidak meletakkan keadaan itu tergesa-gesa untuk negeri ini melaksanakannya berbanding Sarawak yang bakal menghadapi pilihan raya lebhi awal.

Katanya, dari segi penambahan kerusi DUN pula, ia nampak tidak mempunyai masalah untuk diluluskan, namun segalanya diserahkan kepada pucuk pimpinan dan SPR untuk menentukannya berdasarkan kriteria terntetu yang memang sudah digariskan oleh SPR.

“Bukan soal setuju atau tidak tetapi memang hak Sabah untuk memiliki lebih banyak kerusi kerana ramai  lagi rakyat yang memerlukan perwakilan dalam dewan undangan negeri dan mungkin menjadi satu kesulitan bagi mereka kalau kawasan terlalu luas dan wakil rakyat tersebut tepaksa berkhidmat untuk bilangan penduduk yang ramai.

“Dalam hal ini memerlukan perubahan semula dari segi persempadanan mungkin dengan  mewujudkan kawasan baharu bukan sahaja meringankan beban tetapi memastikan perkhidmatan wakil rakyat itu akan lebhi efisien,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan