Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA NIK AZIZ

cms

KOTA KINABALU, 13 Feb : Kerajaan dan rakyat negeri Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah semalam.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Nik Abdul Aziz adalah seorang tokoh politik yang banyak berjasa, disukai kawan dan lawan.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat negeri Sabah, kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seorang ahli politik yang berjasa dan individu yang begitu sederhana.

“Kita sama-samalah berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang saleh,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di sini hari ini.

Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu Kelantan, pada pukul 9.40 malam tadi. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan