Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Turut Nikmati Pelaksanaan Pelan Siber

2:03pm 25/03/2017 Pak Roshan 13 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

 

KOTA BELUD – Sabah turut akan menikmati perkhidmatan perhubungan komunikasi lebih baik serta akses Internet berkelajuan tinggi menerusi Pelan Fiber Seluruh Negara (2017-2019) yang akan bermula tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pelaksanaan pelan fiber itu dapat mendidik masyarakat celik komputer agar lebih peka dengan kepentingan serta keperluan akses Internet.

“Secara langsung ia juga dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat melalui perniagaan dalam talian,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Selfie Wefie Peringkat Kebangsaan di sini, malam tadi.

 Beliau berkata pelaksanaan pelan itu merupakan antara usaha murni kerajaan dalam meningkatkan tahap perhubungan komunikasi masyarakat serta akses Internet yang lebih canggih.

Salleh berkata rangkaian fiber di bawah pelan itu akan menghubungkan kira-kira enam juta premis termasuk kira-kira dua juta di kawasan luar bandar.

Model pelaksanaan pelan itu adalah dalam bentuk 3-Tier iaitu Tier 1 akan bertumpu pada kemudahan ‘backhaul’ kepunyaan Tenaga Nasional Berhad, Tier 2 untuk sambungan terakhir dan Tier 3 untuk penyediaan perkhidmatan runcit yang akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sedia ada.

Pelan itu akan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah rangka kerja kawal selia sedia ada bagi memastikan pencapaian mengikut sasaran yang ditetapkan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan