Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Tubuh Pasukan Bertindak Tangani Pemburuan Penyu

penyu2

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menubuhkan satu pasukan bertindak untuk menangani isu pemburuan dan penyeludupan penyu di kawasan perairan Sabah, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi.

Beliau berkata pasukan berkenaan dianggotai oleh Jabatan Hidupan Liar, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah.

Agensi lain termasuk WWF-Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam menjawab soalan Dr Edwin Bosi (DAP-Kapayan) ” menjawab soalan Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Katanya kewujudan pasukan bertindak itu bertujuan untuk meningkatkan usaha membanteras pemburuan dan penyeludupan penyu di kawasan perairan Sabah.

Menurut Kamarlin, kejadian terbaharu pemburuan penyu di perairan Sabah dikesan pada 5 Mac tahun lepas di Pulau Tiga dalam daerah Kudat dengan penemuan 19 ekor bangkai penyu, iaitu kejadian kedua di tempat yang sama selepas penemuan 60 bangkai penyu pada Mac 2014.

Menurut Kamarlin kementeriannya, melalui Taman-Taman Sabah, kini dalam proses mewartakan Taman Marin Tun Mustapha di Kudat dan penguatkuasa akan ditempatkan di kawasan-kawasan strategik selepas pewartaan itu.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Jaujan Sambakong (BN-Sulabayan) berkaitan dadah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata mulai 2014 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperkenalkan Program Berfokus bagi membanteras masalah dadah di Sabah.

Katanya, antara aktiviti yang dilaksanakan melalui program berkenaan termasuk kesenian seperti lakonan pendek dan penulisan skrip, kesukanan seperti pertandingan futsal dan perkhemahan semasa cuti sekolah selain sesi penerangan dan sebaran am kepada masyarakat.

Menurut Jainab program berkenaan memberi fokus kepada lokasi dan kumpulan masyarakat yang berisiko tinggi untuk terjebak dengan gejala dadah dengan menyediakan ruang kepada golongan sasar untuk terlibat dalam aktiviti berfaedah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan