Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

10:42am 14/05/2016 Pak Roshan 152 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional

guru

SEREMBAN : Sabah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru ke-45 peringkat kebangsaan tahun ini yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan.

Beliau berkata tema itu adalah bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab para guru sebagai pembina bangsa yang memainkan peranan sangat penting bermula dari prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga di peringkat pengajian tinggi.

“Pada saya ramai guru yang menjadi idola dan saya sendiri terlibat dengan proses pembinaan bangsa ini kerana saya juga bermula sebagai seorang guru. Bagi saya tanggungjawab guru begitu mulia dan akan terus dihargai rakyat Malaysia.

“Sambutan hari guru ini pada saya bukan sahaja dengan mengucapkan Selamat Hari Guru tetapi juga ia boleh dizahirkan dengan bantuan yang dapat kita sampaikan kepada bekas-bekas guru yang telah mendidik kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate Terbuka Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan di sini Ahad.

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru.

Beliau juga berkata kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan guru memandangkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid juga merupakan seorang guru satu ketika dahulu dan memahami naluri para guru.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata markah kokurikulum pelajar adalah penilaian yang sangat penting bagi kemasukan ke matrikulasi kerana markah yang kurang akan menyebabkan permohonan mereka gagal.

“Saya pernah lihat ramai pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi tidak dapat ditempatkan di kolej matrikulasi kerana tidak cukup markah kokurikulum. Jadi bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima, usaha untuk mengumpul markah kokurikulum perlu diambil serius.

“Kerana itu aktiviti seperti pertandingan karate yang diadakan hari ini perlu mereka jadikan peluang untuk menambah markah kokurikulum mereka,” katanya.

Kejohanan itu disertai 300 pelajar dari 40 buah sekolah rendah dan menengah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan