Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Tuan Rumah Konvensyen Permukiman Pensijilan Orang ASEAN Pertama

sea-flag-sabah-malaysia-philippines-map-20130319

KOTA KINABALU : Sabah akan menjadi tuan rumah Konvensyen Pemukiman Pensijilan Orang ISO/IEC17204 ASEAN pertama mulai 25 Nov.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata konvensyen tiga hari itu dijangka dihadiri kira-kira 150 anggota perwakilan dari negara anggota ASEAN.

Ia dianjurkan bersama oleh Biro Pensijilan Orang Antarabangsa (IPEC), sebuah pertubuhan pembinaan modal insan, dan Jabatan Standard Malaysia.

“STB bangga kerana menjadi sebahagian daripada acara sangat bermakna ini dalam memberi penghormatan kepada semua negara anggota ASEAN, yang begitu tekun memanfaatkan potensi kempen ‘Made in ASEAN’ secara global,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pensijilan standard antarabangsa boleh menjadi pemacu utama dalam usaha mewujudkan kesedaran pelancongan daripada perkhidmatan yang disediakan penggiat industri sebagai langkah ke arah meningkatkan standard dan kelayakan tenaga kerja dalam bidang pelancongan.

“Ini suatu idea baik yang boleh membantu melonjakkan sumber manusia kita ke tahap lebih tinggi serta menyediakan peluang yang amat baik untuk bertukar-tukar pendapat dan mengukuhkan hubungan dalam kalangan para pengawal selia dari negara anggota ASEAN,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Biro IPEC Dr Juliana Lim berkata konvensyen itu akan memberi fokus kepada pembentukan Aturan Pengiktirafan Bersama (MRA) ASEAN mengenai pensijilan orang dalam menyokong pergerakan pekerja mahir secara bebas.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan