Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah tidak pernah masuk Malaysia-Tawfiq

tawfiq

TAWAU: “Sabah tidak pernah masuk Malaysia tetapi Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Malaya telah bersama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963.”

Demikian Ungkapan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi InderaSabah serta Program Sekretariat Rukun Tetangga, di sini, kelmarin.

“Kita tidak pernah masuk Malaysia tetapi kita bersama-sama membentuk Malaysia dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi dan dipelihara kerana pada ketika itu kita masih kurang pengalaman dan kekurangan tenaga profesional.”

“Andaikata syarat-syarat berkenaan ada yang terlepas pandang, kita akan lakukan yang terbaik untuk memastikan ia dikembalikan tetapi bukan dengan cara menanamkan sentimen kebencian kepada rakyat,”katanya.

Menurut Tawfiq, ungkapan Sabah For Sabahan tidak sepatutnya dilaung-laungkan oleh pihak tertentu sebagai asas untuk menuntut hak negeri ini kerana ia boleh menimbulkan sentimen kebencian yang boleh memporak-perandakan perpaduan yang dinikmati kini.

“Bagi menyelesaikan isu berkaitan hak ini, kita telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan peringkat nasional bagi membincangkan langkah penyelesaian isu penurunan kuasa.”

“Ungkapan Sabah for Sabahan ini jika dimanipulasi boleh menaikkkan sintimen kebencian dan apabila kita saling membenci ia akan menjadi titik permulaan untuk kita berpecah-belah,”katanya.

Mengulas mengenai isu royalti minyak, beliau berkata, dakwaan yang mengatakan bahawa Sabah mendapat 5 peratus daripada hasil minyak yang digali di negeri ini dan 95 peratus lagi menjadi milik semenanjung Malaysia adalah tuduhan palsu dan pembohongan yang nyata.

Menurut beliau, tuduhan berkenaan adalah tidak benar kerana Kerajaan Persekutuan juga turut mendapat 5 peratus daripada hasil minyak berkenaan dan bukan 95 peratus seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

“Sebagai perumpamaannya jika setiap tahun Sabah mengeluarkan 100 tong minyak maka lima tong akan menjadi milik Sabah serta Kerajaan Persekutuan, manakala 60 tong lagi adalah kos bagi menampung proses mencari gali minyak serta baki yang selebihnya adalah menjadi milik syarikat yang menjalankan operasi berkenaan.”

“Operasi mencari gali minyak memerlukan kos yang tinggi dan sudah tentunya syarikat yang menjalankan operasi berkenaan juga harus mendapatkan keuntungan kerana mereka bukannya badan kebajikan masyarakat,”katanya.

Tambah beliau, dalam usaha menuntut kenaikan royalti minyak, Sabah juga menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan menawarkan operasi cari gali minyak yang akan dilaksanakan oleh syarikat milik negeri ini.

“Kerajaan Sabah melalui kementerian kewangan dan anak syarikat kementerian kewangan Sabah telah membeli sebuah syarikat yang mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk tujuan berkenaan,”katanya.

Inisiatif ini telah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri ketika Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman membawa perkara ini kepada beliau sebagai langkah penyelesaian isu berkenaan.

“Kebetulan pada ketika itu pihak Petronas hampir menawarkan tender cari gali minyak di dua telaga minyak daratan kepada syarikat milik semenanjung Malaysia namun dengan adanya syarikat milik kerajaan negeri berkenaan dan dengan keizikan Perdana Menteri kita diberikan ekuiti sebanyak 30 peratus dari telaga berkenaan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan