Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Tidak Pernah Berdiam Diri Mengenai Isu Royalti Minyak – Musa Aman

musaminyak

KOTA KINABALU– Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri Sabah tidak pernah mengambil sikap berdiam diri berhubung isu royalti minyak untuk negeri ini seperti didakwa pihak tertentu terutamanya pembangkang.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam memperjuangkan royalti minyak walaupun perkara itu tidak dibawa atau dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Saya ingin tegaskan bahawa dalam beberapa siri perjumpaan dan perbincangan Kabinet dan parti (sebelum ini), kita telah membincangkan isu ini secara panjang lebar…kita telah membawanya kepada pengetahuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Berikutan itu, Perdana Menteri mengarahkan supaya Petronas mengadakan taklimat menyeluruh dan perbincangan khas dengan Kabinet Negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di sini, malam Sabtu.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata Petronas, yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, telah memberikan taklimat dan berbincang dengan Kabinet Negeri baru-baru ini.

“Perbincangan itu amat berhasil dengan kerajaan negeri dan Petronas telah mengenal pasti beberapa kaedah baharu untuk mempertingkat atau menambah nilai kepentingan negeri Sabah dalam industri minyak dan gas di negara ini, sekaligus memberikan peruntukan lebih kepada Sabah,” katanya.

Beliau amat yakin kaedah baharu itu bakal membawa kebaikan dan manfaat buat Sabah dan rakyatnya.

Selain peruntukan tahunan dalam rancangan pembangunan lima tahun kerajaan Persekutuan, Musa berkata Sabah turut menerima banyak bantuan dan peruntukan khas seperti peruntukan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah bernilai RM250 juta dan pembinaan Terminal Kontena di Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) yang bernilai RM450 juta.

Kerajaan Persekutuan juga memberi peruntukan kilat sebanyak RM100 juta untuk membaiki sistem jalan raya yang rosak dan terputus akibat banjir serta peruntukan membaiki struktur tebingan sungai yang runtuh akibat banjir (RM100 juta), katanya.

Mengenai keselamatan, Musa mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah menyambut baik dan menyokong penuh tindakan Kerajaan Persekutuan berhubung penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Kita berharap kawasan perairan pantai timur Sabah atau Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) yang luas saiznya itu dapat dikawal selia dan dipantau dengan elebih efektif lagi berikutan penstrukturan itu,” katanya.

Mengenai lawatan Najib, Musa berkata rakyat Sabah berterima kasih di atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke Sabah untuk mendengar luahan rakyat negeri ini.

Komen


Berita Berkaitan