Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,673

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Tidak Layan Tuntutan – Musa Aman

7:23pm 27/05/2016 Pak Roshan 2344 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Datuk Seri Musa Haji Aman

Datuk Seri Musa Haji Aman

KOTA KINABALU : Sabah tidak pernah mengiktiraf atau mengakui tuntutan oleh Filipina atau mana-mana pihak lain ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

“Biar saya jelaskan, Sabah berada dalam Malaysia dan memilih untuk kekal dalam Persekutuan Malaysia dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara yang berdaulat ini sejak dari penubuhannya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas hasrat calon Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk meneruskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Musa berkata penduduk di Sabah telah menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dalam Malaysia.

“Kesetiaan kami ialah kepada bendera Malaysia. Tuntutan (Filipina) adalah tidak relevan,” kata beliau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan