Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah tidak akan membenarkan pengambilan pekerja Bangladesh

4:39pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 41 views Tempatan
Madius ketika sidang media semasa majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius ketika sidang media semasa majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Negeri Sabah tidak akan membenarkan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau, pengumuman untuk tidak mengambil pekerja asing dari Bangladesh telah dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Ketua Menteri telah mengumumkan sejak dari awal lagi bahawa negeri Sabah tidak akan membenarkan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis Pesta Ang Pau UPKO Penampang di Ruang Kedai Taman Suria Penampang, semalam.

Tambah beliau, Timbalan Perdana Menteri juga telah memberikan penjelasan bahawa sebarang penjelasan atau perbincangan mengenai isu ini ditangguhkan dan keputusan untuk mengambil pekerja dari Bangladesh adalah bukan seperti yang diviralkan di media-media sosial.

Madius juga berkata bahawa, kementeriannya memandang serius berkenaan dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial dan satu mekanisme pemantauan yang dikenali sebagai Safer Internet Day (SID) akan dilancarkan bagi tujuan tersebut.

“Saya akan melancarkan SID pada hari isnin akan datang bersamaan 21 Februari dan segala bentuk tohmahan atau fitnah akan ditangani dengan sebaiknya,”katanya.

Menurut beliau lagi,  CID merupakan satu sambutan yang disambut di seluruh dunia pada setiap bulan Februari bagi mempromosikan keselamatan dan kesejahteraan internet serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan internet.

Pada majlis tersebut,  Madius turut menerima borang keahlian dari ahli baru yang menyertai Parti UPKO. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Madius (Dua dari kiri memegang bendera) menerima borang keahlian baru UPKO ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius (Dua dari kiri memegang bendera) menerima borang keahlian baru UPKO ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan