Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah tewaskan Brunei 2 – 0 malam tadi

ball

TAWAU: Skuad Liga Perdana Sabah menewaskan pasukan Brunei 2 – 0 dalam perlawanan pertama saingan tiga penjuru di Kompleks Sukan Tawau, malam tadi.

Gol pertama diraih pada minit ke-14 hasil tendangan penalti yang disempurnakan pemain import, Marco Tulio Lopes Silva, manakala gol kedua disumbangkan pemain di posisi pertahanan, Alto Linus pada minit ke-62 separuh masa kedua.

Aksi permainan banyak dikuasai oleh kesebelasan utama Sabah, manakala pasukan Brunei yang turut menurunkan kesebelasan utama pemain mudanya sebagai persiapan dalam saingan Piala Suzuki dan Sukan Malaysia tahun ini, sekadar mencemaskan gawang lawan menerusi beberapa serangan.

Jurulatih Sabahrhinos, Simunic Vjeran dalam sidang media selepas perlawanan memberitahu beliau berpuas hati dengan persembahan anak didiknya meskipun beberapa peluang keemasan untuk menambah gol, gagal dan kelemahan itulah yang akan diberikan tumpuan pihaknya.

Beliau turut merayu sokongan daripada para peminat bola sepak negeri ini, khasnya Tawau untuk hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan semangat kepada pasukan badak pada perlawanan akhir Sabah menentang Felda United pada esok malam (Ahad). Malam ini bakal menyaksikan Brunei bertemu Felda United.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan