Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah tetap jadi simpanan ‘Tatap BN’

KOTA BELUD: UMNO Sabah yakin Negeri Sabah akan terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr.Salleh Said Keruak berkata, Sabah tidak akan terlepas dari menjadi simpanan tetap BN kerana rakyat di negeri ini tahu siapakah parti yang benar-benar ikhlas dalam menjamin pembangunan dan kestabilan politik di negara ini.

“Sabah akan terus jadi simpanan tetap BN kalau kita terus bekerjasama tanpa mengira siapa yang akan memimpin parti kita kerana kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 Biro Kebajikan UMNO Malaysia dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO Sabah dan UMNO Bahagian Kota Belud, Kampung Taun Gusi, di sini, hari ini.

Salleh turut mengingatkan rakyat agar tidak termakan dengan janji manis pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji palsu setiap kali menjelangnya PRU namun tidakSayangSabah untuk menunaikan janji.

“Sebelum ini kita telah melihat banyak parti yang telah ditubuhkan di negeri ini, namun sehingga kini terdapat juga parti yang hanya kita kenali melalui nama, kerana tujuan mereka hanya mahu memegang jawatan untuk bertanding dan bukan berdasarkan keiklasan untuk membantu rakyat,”katanya.

Sempena program yang diadakan sejak empat hari lalu bermula di Libaran, Batu Sapi, Semporna, Tenom, Beaufort dan seterusnya ke Kota Belud hari ini, seramai lebih 10,000 penerima telah menerima bantuan.

Yang turut hadir Ketua Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli./SayangSabah

Salleh (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat dan penerima sumbangan.

Komen


Berita Berkaitan