Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Teruskan Promosi Agresif Untuk Tarik Pelabur

FW9A9014-e1437644336236

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan meneruskan promosi agresifnya di negeri ini bagi menarik lebih ramai pelabur.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri berkata promosi itu akan dilakukan menerusi penganjuran acara domestik dan antarabangsa berprofil tinggi.

“Kerajaan negeri dengan usaha sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga akan menganjurkan misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara,” katanya pada Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (SIEA) 2014/2015 di sini Khamis malam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Bolkiah Ismail.

Tan berkata Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) akan terus agresif mempromosi aliran pelaburan asing ke negeri ini, selari dengan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan dagangan serantau dan memperoleh peluang-peluang perniagaan, terutama dalam industri pembuatan dan industri yang berkaitan.

Pada majlis itu, syarikat minuman, Life Water Industries Sdn Bhd, menerima anugerah sayrikat tempatan terbaik dengan jualan tahunan antara RM25 juta dan RM100 juta, manakala syarikat makanan dan tekstil, Kumpulan BTC Bhd memenangi kategori pendapatan tahunan RM10 juta hingga RM25 juta.

Twinine Sdn Bhd, syarikat perasa makanan dipilih sebagai syarikat tempatan terbaik dengan jualan tahunan kurang daripada RM10 juta, manakala pembuat coklat buatan tangan, Simply Chocolate Sdn Bhd, memenangi kategori bagi jualan tahunan kurang daripada RM5 juta.

Kemempat-empat syarikat berkenaan menerima RM5,000 tunai, sijil dan trofi.

Kina Roof Industries (S) Sdn Bhd pula menerima Anugerah Syarikat Harapan dan menerima wang tunai RM3,000, sijil dan trofi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan