Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah terus prihatin bela nasib golongan OKU

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt

 

KUNDASANG, 13 Sept – Kerajaan negeri akan terus prihatin dan membela nasib kanak-kanak kurang upaya menerusi pelbagai latihan dan aktiviti sepanjang tahun dalam usaha memanfaatkan golongan tersebut.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata statistik bagi orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah 1,348 lelaki dan 751 perempuan di 36 PDK di seluruh negeri.

“Statistik OKU yang berdaftar dengan institusi pula adalah 103 lelaki dan 19 perempuan bagi seluruh institusi OKU di Sabah.

“OKU yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dan telah mendapat Kad OKU pula adalah 32,357 individu daripada pelbagai jenis kategori di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Toh Puan Norlidah R. M. Jasni.

Wong berkata kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) turut menyediakan latihan vokasional kepada golongan tersebut yang tidak mendapat peluang belajar di sekolah biasa.

“Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang tahun melibatkan pelatih dan juga kanak-kanak istimewa ini bersama kakitangan pengajar bahkan juga ibu bapa, seperti senaman pagi, latihan fisioterapi, akademik, latihan cara kerja, terapi muzik serta sambutan perayaan,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan