Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Terus Membangun Di Bawah BN – Ketua Menteri

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Sabah di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus pesat membangun dalam pelbagai sektor sekali gus membawa kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Menurutnya, ia adalah hasil daripada perpaduan rakyat, kestabilan politik dan ekonomi selain usaha berterusan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri.

Sambil memberi contoh dasar Hala Tuju Negeri Sabah, beliau berkata tumpuan diberi kepada pembangunan modal insan selain sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan.

“Kini telah banyak manfaat pembangunan yang kita nikmati termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang rancak dijalankan di samping penubuhan pelbagai institusi pengajian tinggi, pusat kemahiran dan hab pendidikan,” katanya dalam amanat bersempena Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Sabah di sini, hari ini.

Teks amanatnya dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Dalam pada itu, Musa berkata penganjuran majlis seperti hari ini dapat mengeratkan semangat persaudaraan dan rasa kekitaan dalam kalangan warga Sabah yang berada di Semenanjung.

Lebih 500 warga Sabah yang kebanyakannya kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Semenanjung menghadiri majlis itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan