Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah terus jadi destinasi pilihan pelancong sambut tahun baru

Anna Kovaleva (kiri) ddan Luciana Fistarol (kanan) memilih Sabah sebagai destinasi untuk percutian dan menyambut tahun baru. - foto illy Tugimin
Anna Kovaleva (kiri) ddan Luciana Fistarol (kanan) memilih Sabah sebagai destinasi untuk percutian dan menyambut tahun baru. – foto illy Tugimin

KOTA KINABALU – Bagi dua pelancong wanita, Luciana Fiztarol, 30, dan Anna Kovaleva, 28, yang menaiki pesawat AirAsia dari China ke Kota Kinabalu, mereka perlu cekalkan hati dan percaya dengan takdir.

Menurut mereka, pada mula keduanya ingin mengalih kepada penerbangan lain ekoran khuatir  dengan kejadian malang yang menimpa pesawat AirAsia QZ8501 di Surabaya baru-baru ini.

Begitupun, hasrat itu dibatalkan dan mereka masih meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu menggunakan AirAsia dari China semata-mata untuk menyambut tahun baru dan bercuti di Negeri Bawah Bayu ini selama empat hari.

“Perasaan bimbang memang ada selepas apa yang berlaku ke atas pesawat AirAsia QZ8501. Tapi, semua itu takdir dan boleh berlaku kepada sesiapa,” katanya ketika ditemui oleh SayangSabah di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Kehadiran pelancong di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu untuk bercuti ke Taman Tunku Abdul Rahman tidak pernah putus. - foto illy Tugimin
Kehadiran pelancong di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu untuk bercuti ke Taman Tunku Abdul Rahman tidak pernah putus. – foto illy Tugimin

Luciana menambah, antara faktor lain yang mereka pertimbangkan ialah laluan dari China untuk ke Kota Kinabalu adalah yang paling mudah dan ia juga agak murah berbanding negara lain, termasuk negara asalnya iaitu Brazil.

Sementara itu, rakannya, Anna yang berasal dari Russia, berkata, mereka sejak dari awal lagi memilih untuk menyambut tahun baru di Sabah.

“Kami memilih melancong ke negeri ini dan mahu menghabiskan masa menyelam skuba pada sebelah pagi di beberapa pulau sempena tahun baru.

Bot-bot penumpang di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu, sedia membawa penumpang ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman yang terletak hanya 15 minit dari bandaraya ini. - foto illy Tugimin
Bot-bot penumpang di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu, sedia membawa penumpang ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman yang terletak hanya 15 minit dari bandaraya ini. – foto illy Tugimin

“Biarpun jauh dari negara sendiri, sambutan tahun baru tetap sama walau di mana sekali pun kami berada. Bagi saya, apa yang penting biarlah kita meraikan kedatangan tahun baru itu dengan sesuatu yang kita suka,” ujarnya.

Kedua wanita itu merupakan rakan sekerja dan mereka telah bertugas di sebuah syarikat korporat di China selama enam tahun. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan