Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah terima dividen bernilai RM94.57 juta pada 2015

12:10pm 02/08/2016 Leolerry Lajius 7 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
 Datuk Teo Chee Kang menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penceramah sempena kursus berkenaan.

Datuk Teo Chee Kang menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penceramah sempena kursus berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menerima dividen bernilai RM94.57 juta pada tahun 2015 dan daripada jumlah itu agensi kerajaan negeri menyumbang dividen bernilai RM90.88 juta.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, bagaimanapun, jumlah pinjaman yang boleh dituntut pada tahun 2015 masih lagi tinggi berbanding jumlah yang dibayar pada tahun tersebut yang menyebabkan berlaku tunggakan hasil negeri.

“Saya percaya bahawa dengan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik, jumlah ini akan dapat ditingkatkan lagi pada tahun –tahun akan datang.”

“Saya juga berharap agar badan-badan berkanun dan agensi negeri yang mampu untuk membayar pinjaman supaya berbuat demikian berdasarkan syarat-syarat perjanjian pinjaman,”katanya ketika berucap sempena perasmian kursus anggota lembaga pengarah badan berkanun dan agensi kerajaan negeri, di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

Musa turut menyatakan, dengan membuat pembayaran pinjaman hasil Kerajaan Negeri akan meningkat dan dapat digunakan untuk projek-projek pembangunan yang telah dirancang.

Tambah beliau, satu daripada petunjuk penting dan kritikal kepada kejayaan sesebuah organisasi adalah dari segi kedudukan kewangannya.

“Selaku lembaga pengarah adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan sentiasa kukuh dan sentiasa memperoleh keuntungan serta berkemampuan untuk membayar hutang atau dividen kepada kerajaan, seterusnya menyumbang kepada kekukuhan kedudukan kewangan negeri,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan