Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Tekad Untuk Kemenangan Ketiga Berturut-Turut

9:53am 19/04/2016 Pak Roshan 526 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
Foto : SabahFA

Foto : SabahFA

Ketua Jurulatih Pasukan, Vjeran Simunic bertekad untuk membawa balik tiga mata penuh walaupun berhadapan dengan cabaran yang sengit ketika menentang Selangor PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini dalam saingan Liga Perdana.

“Selepas dua kemenangan, kami semakin bersemangat dan kesemua pemain juga berada dalam ‘mood’ yang baik.

“Bagaimanapun, kita menghormati PKNS, pretasi mereka ketika ini sangat baik dan mereka juga antara empat pasukan terbaik dalam saingan Piala FA…kami tahu semuanya mengenai PKNS dan kami sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun, tonggak utama pertahanan mereka, Igor Cerina terpaksa direhatkan pada perlawanan bertemu PKNS.

Pemain import Croatia itu dilaporkan mengalami kecederaan hamstring ketika aksi persahabatan dengan skuad bawah 19 tahun Sabah, baru-baru ini.

Simunic berkata kecederaan yang dialami Cerina tidaklah begitu teruk namun beliau tidak mahu mengambil risiko kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi terutamanya menentang JDTII di Stadium Likas, Jumaat ini.

Jurulatih berusia 62 tahun itu, bagaimanapun, gembira dengan kehadiran semula penyerang import dari Nigeria, Prince Touchukwu Nnake yang sebelum ini terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

“Kehadiran Prince (Nnake) sedikit melegakan kita dan kini saya memiliki lebih banyak pilihan di bahagian serangan serta pertahanan kerana PKNS mempunyai beberapa pemain yang tinggi,” katanya.

Sumber : Sabah FA Official Website

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan