Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Tawar Kemudahan Perubatan Setanding Negara Maju

hospital

KOTA KINABALU – Sabah menawarkan kemudahan perubatan setanding negara maju dengan kewujudan pusat-pusat perubatan swasta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kedudukan geografi Sabah yang terletak berhampiran Kalimantan Utara, Indonesia juga memberi kelebihan kepada rakyat dari negara itu untuk mendapatkan khidmat perubatan di Sabah.

“Justeru pesakit dari negara jiran perlu memanfaatkan kemudahan perubatan di hospital-hospital swasta yang terdapat di Sabah memandangkan mutu perubatan di hospital tersebut adalah setanding dengan negara-negara maju,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau hari ini menerima kunjungan Ketua Kepala Perwakilan Republik Indonesia di Tawau, Abdul Fatah Zainal.

Dalam pertemuan tersebut, Abdul Fatah dilapor memaklumkan bahawa terdapat usaha untuk menaik taraf pejabat konsul Republik Indonesia di Tawau bagi memberikan perkhidmatan lebih baik dan efisien yang sekali gus meningkatkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.

Turut hadir ialah RDM Johan Mulyadi, Konsul Penerangan di Pejabat Konsul Indonesia di Tawau. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan