Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah selamat dikunjungi-Masidi

9:58am 31/10/2016 Leolerry Lajius 8 views Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Rakyat di negara ini tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan untuk berkunjung ke Sabah.

Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, adalah tidak wajar untuk rakyat Malaysia berasa bimbang untuk melancong di negeri ini.

“Sabah merupakan antara negeri yang terbesar di mana hampir 22 peratus besar dari Semenanjung Malaysia.

“Adalah tidak wajar sekiranya kejadian-kejadian yang berlaku di Pantai Timur Sabah menyebabkan pelancong tidak mahu berkunjung ke sini.

“Ada banyak lagi lokasi-lokasi pelancongan lain yang boleh dilawati di kawasan Pantai Barat dan Pendalaman Sabah antaranya Kundasang, Ranau, Kudat dan sebagainya,” jelasnya.

Katanya, walau pun rakyat di negara ini berasa bimbang dengan keselamatan di Pantai Timur Sabah, pelancong-pelancong luar negara tetap memilih Semporna sebagai lokasi percutian.

“Buktinya, sehingga hujung tahun ini semua resort-resort di Semporna habis ditempah oleh pelancong luar negara sekaligus menunjukkan pelancong luar negara ini yakin dengan tahap keselamatan di negeri ini,” ujarnya.

Menurut Masidi, berdasarkan kajian yang dijalankan antara penyebab utama kemerosotan kedatangan pelancong domestik adalah rakyat bimbang dengan faktor keselamatan dan kos percutian termasuk kos pengangkutan yang tinggi.

Beliau berharap kerajaan dapat memansuh atau mengurangkan kadar cukai GST bagi tiket penerbangan domestik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Langkah itu bukan sahaja dapat menarik lebih ramai lagi pelancong domestik, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menjana pendapatan kepada penduduk.

Masidi berkata demikian kepada media selepas selesai acara pelepasan ekspedisi 26th Borneo Safari International OffRoad Challenge 2016 (Borneo Safari 2016).Asmidar Zainol/PENERANGAN

Masidi dan Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Amri Hasim menunjukkan isyarat bagus ketika melepaskan peserta konvoi dari Kuala Lumpur Azman Shah di ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pagi tadi.-PENERANGAN

Masidi dan Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Amri Hasim menunjukkan isyarat bagus ketika melepaskan peserta konvoi dari Kuala Lumpur Azman Shah di ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pagi tadi.-PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan