Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah sedia hadapi bencana banjir: Musa

UCAPAN... Musa ketika berucap di majlis tersebut.
UCAPAN… Musa ketika berucap di majlis tersebut.

SANDAKAN – Semua pegawai daerah di negeri ini diarahkan bersiap sedia menghadapi bencana banjir, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Persediaan itu penting dengan tumpuan kepada membantu mangsa banjir dan memindahkan mereka ke pusat pemindahan sekiranya keadaan memerlukan, katanya.

Musa berkata beliau sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Bencana Alam negeri memantau persediaan di semua daerah khususnya yang mempunyai risiko dilanda banjir.

“Semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan juga perlu bekerjasama memberi bantuan kepada mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sijil Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sijil 1Azam di sini hari ini ini.

Seramai 38 pelajar Institut Eisteddfod Sandakan menerima SLDN dan 269 lagi menerima sijil 1Azam.

Musa berkata hari ini dua daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kota Belud dan Tawau yang turut melibatkan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan.

sdkn 1Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata khidmat kemanusiaan dan menyelamat banjir kilat telah dilakukan di lapan kampung di Kota Belud hari ini.

Antara kampung terlibat adalah Linau, Gunding, Menunggui, Bobot, Kota Belud, Siasai, Kotabungan dan Lobak Engad manakala di Tawau melibatkan Kampung Sungai Gading Wakuba.

Komen


Berita Berkaitan