Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Sabah Screen Festival’ Mampu Cungkil Daya Kretiviti Penggiat Filem Di Sabah

sabah screen festival

KOTA KINABALU– Sabah Screen Festival 2014 yang bakal berlangsung pada 11-13 Nov ini mampu mencungkil daya kreativiti penggiat filem di negara ini, khususnya di Sabah dalam pembikinan filem pendek, dokumentari mahupun iklan, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat.

“Tujuan festival yang julung kali diadakan kementerian ini ialah untuk memberi peluang kepada penggemar filem untuk mencungkil bakat dan mengiktiraf bakat mereka sekaligus memartabatkan industri kreatif di negeri Sabah ini,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya pertandingan berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pelbagai iaitu bagi pelajar sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan manakala kategori terbuka pula khusus kepada warganegara Malaysia di Sabah.

Menurut Siringan pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang tiga hari penganjuran festival bertema ‘Identiti’ itu termasuk seminar, pameran dan diikuti acara kemuncak iaitu Majlis Malam Anugerah.

Siringan berkata, hadiah yang disediakan termasuklah wang tunai, trofi, hadiah iringan dan sijil kepada setiap pemenang.

Katanya tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 Nov ini dan borang penyertaan boleh diperolehi melalui laman web www.screenfest.my

Komen


Berita Berkaitan