Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Screen Fest, tonjolkan bakat pelajar

6:02pm 13/11/2015 Leolerry Lajius 66 views Hiburan,Mutakhir
Datuk Siringan menyampaikan hadiah kepada pemenang-Gambar oleh Alex Mairin

Datuk Siringan menyampaikan hadiah kepada pemenang-Gambar oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebanyak 115 karya yang dihasilkan oleh para pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta kategori terbuka yang menyertai Sabah Screen Fest (SSF) bertemakan ‘Celebration’ telah diterima oleh pihak pengajur program tersebut.

Menurut Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat  Datuk Siringan Gubat, program tersebut yang merupakan satu platfrom untuk menonjolkan hasil karya para peserta yang dibuka selama sebulan setengah mendapat penyertaan yang memberangsangkan.

Pemenang kategori terbuka bagi Dokumentari dimenangi oleh I love Sino Kadazan sebagai pemenang tunggal yang menduduki tempat ketiga, Filem Pendek dimenangi oleh The Gift sebagai tempat pertama, Selipar Buruk Selipar Baru di tempat kedua, disusuli Perayaan di tempat ketiga.

Bagi kategori sekolah menengah, karya Filem Pendek dimenangi oleh SM Lok Yuk Kota Kinabalu di tempat pertama, SMK Langkon Kota Marudu di tempat kedua disusuli SMK Banggol Terengganu di tempat ketiga.

Anugerah Skrip Terbaik dimenangi oleh SM Lok Yuk Kota Kinabalu untuk filem Violin, Anugerah Pengarah Terbaik serta anugerah pelakon lelaki dan perempuan terbaik dimenangi oleh SMK Langkon Kota Marudu untuk filem Who Am I.

Bagi karya Animasi pemenangnya adalah SMK Limbanak dengan karya Terima Kasih di tempat pertama, SMK Bahang di tempat kedua dengan karya Si Pencuri dan Si Musang, di tempat ketiga SMK Padang Berempah dengan karya Super Dad.

Bagi kategori sekolah rendah, Filem Pendek dimenangi oleh Sk. St.Patrick Membakut dengan karya My Daddy di tempat pertama, Sk. Tampulan Telipok dengan karya Puasa Adam di tempat kedua, disusuli Sk. Taman Tawau dengan karya Teamwork di tempat ketiga, anugerah skrip dan pengarah terbaik dimenangi oleh Sk. Tampulan Telipok, anugerah pelakon perempuan terbaik dimenangi oleh Sk. St.Patrick Membakut dan anugerah pelakon lelaki terbaik dimenangi oleh SK (C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu .

Bagi karya Animasi tempat pertama SJK Sin Boon Sindumin dengan karya Poppy’s Adventurous Christmas, tempat kedua SK. Pekan Pitas II dengan karya Tragedi Hari Raya dan tempat ketiga dimenangi oleh SK. Kawakaan Keningau dengan karya Kawan.-Oleh Lelerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan