Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH SASAR 40 PINGAT EMAS DI TEMASYA SUKMA XIX PERAK

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan bendera kepada Ketua Kontinjen SUKMA Sabah merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarsin Taib (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Poon Ming Fung @ Frankie (empat dari kiri) pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sabah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018 di Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU, 3 Sept (Bernama) — Kerajaan Sabah yakin bidang kesukanan negeri boleh kembali cemerlang seperti dahulu jika atlet mempunyai semangat kental untuk menyumbang ke arah mengharumkan nama negeri dan juga negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rakyat perlu mempunyai mentaliti untuk mencemerlangkan diri kerana minat dan bukan kerana mengharapkan imbuhan semata-mata.

“Ini (kecemerlangan sukan Sabah) ternyata awal lagi pada awal 1970-an dari segi karate, taekwando, olahraga dan bola sepak. Kita dahulu mempunyai potensi yang cukup baik.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Poon Ming Fung @ Frankie dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarsin Taib bertemu sebahagian atlet yang akan mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Jadi, kalau kita dapat mencungkil bakat anak-anak muda kita dan membimbing mereka dengan mentaliti dan kesungguhan yang betul, kita boleh membangunkan anak muda kita dalam bidang kesukanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan bendera Sabah kepada kontinjen negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak, di sini hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Poon Ming Fung @ Frankie dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarsin Taib bersama sebahagian pegawai dan atlet pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sabah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018 di Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Seramai 565 atlet dari Sabah, termasuk 141 pengurus dan jurulatih, akan menyertai 23 jenis sukan pada Sukma kali ini.

Sebahagian atlet kontinjen SUKMA Sabah pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sabah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah Frankie Poon berkata Sabah menyasarkan pungutan 40 pingat emas pada temasya sukan negara itu dan berharap atlet yang menyertainya memberikan persembahan terbaik.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan