Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Sasar 40 Emas Dalam SUKMA XIX Perak 2018

Kota Kinabalu : Sabah mensasarkan 40 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIX Perak 2018 yang akan berlangsung dari 11 hingga 22 September ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal Sabah berkata kontinjen Sabah seramai 565 orang terdiri daripada 141 pengurus dan jurulatih serta 424 atlet.

Menurutnya, Sabah akan menyertai 23 jenis sukan antaranya, akuatik, angkat berat, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimmastik artistic, hoki, kerate, memanah, olahraga, pancak silat, perahu layar, sepak takraw, skuasy, taekwondo, tenpin boling dan tinju.

Sebaliknya, tujuh sukan lain seperti gimrama, menembak, wuhsu, bola baling, bola jarring, bola keranjang dan kriket tidak melibatkan penyertaan kontinjen Sabah.

Ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sabah sempena SUKMA XIX Perak 2018, Shafie mengharapkan para atlet bertanding dengan semangat juang yang tinggi serta menanam keyakinan untuk mencapai matlamat memburu pingat demi mengharumkan nama negeri pada temasya tersebut.

Beliau yang diiringi Menteri Belia dan Sukan Sabah, Poon Ming Fung @ Frankie di sini, pada Isnin, turut menasihatkan para atlet agar tidak meraih kejayaan demi imbuhan ditawar Kerajaan Negeri semata-mata tapi mestilah datang dari keinginan sendiri.

Pencapaian kontinjen Sabah pada temasya SUKMA XVIII 2016 adalah 25 pingat emas, 31 perak dan 38 gansa dengan kedudukan tempat ke-7 keseluruhan./Penerangan-

Shafie bergambar bersama para atlet tenis.

Komen


Berita Berkaitan