Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah sasar 25 pingat emas pada kejohanan Paralimpiad Malaysia Sarawak

4:08pm 02/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
KENANGAN... Tawfiq merakam gambar kenangan bersama kontinjen Sabah yang mewakili Sabah ke Kejohanan Paralimpiad Malaysia ke-18 Sarawak  2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KENANGAN… Tawfiq merakam gambar kenangan bersama kontinjen Sabah yang mewakili Sabah ke Kejohanan Paralimpiad Malaysia ke-18 Sarawak 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

PUTATAN- Sabah menyasarkan sebanyak 25 pingat emas pada Kejohanan Paralimpiad Malaysia Kali ke-18 Sarawak 2016 yang akan berlansung pada 4 Ogos hingga 6 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Kitingan berkata para atlet perlu sentiasa berusaha dan fokus terhadap matlamat kejayaan yang disasarkan.

“Sesungguhnya, seluruh rakyat Sabah meletakkan harapan tinggi agar para atlet yang akan membawa cabaran Sabah pada temasya kali ini memiliki disiplin, komitmen, daya juang dan semangat kesukanan yang tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada Kontinjen Sabah ke Kejohanan Paralimpiad Malaysia ke-18 Sarawak 2016, disini, hari ini.

Beliau turut menyeru kepada kontinjen Sabah agar dapat memperbaiki kedudukan seiring dengan sasaran optimis untuk peroleh lebih banyak pingat emas dalam semua acara yang disertai.

“Mengimbas pencapaian kontinjen Sabah pada kejohanan Paralimpiad Malaysia kali ke-17 pada tahun 2014 di Perlis, kita berjaya membawa pulang 24 pingat emas, 17 perak dan 17 gangsa.

“Saya percaya bahawa sukan seperti olahraga, badminton, pingpong dan sukan-sukan lain dapat mengulangi dan meningkatkan prestasi pencapaian di Perlis 2014,”katanya.

Dalam masa sama, Tawfiq mengalu- alukan kerjasam dan sokongan daripada semua pihak termasuklah sektor swasta, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Badan atau Persatuan sukan dan masyarakat bagi menjayakan program pembangunan sukan untuk atlet orang kelainan upaya (OKU) berkenaan.

Tambahnya, seramai 140 orang delegasi kontinjen Sabah termasuk 81 orang atlet OKU akan menyertai kejohanan tersebut.

Sabah akan menyertai lapan acara daripada sembilan yang dipertandingkan . Diantaranya, Boling Padang, Catur, Memanah Olahraga, Tenpin Boling, Ping Pong, Renang dan Badminton. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan