Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH SARAWAK BERHAK DAPATKAN KEMBALI STATUS RAKAN SEKUTU: SYED SADDIQ

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menandatangani buku lawatan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan). Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak berhak mendapatkan semula status sebagai rakan sekutu dalam persekutuan Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia bagi memastikan pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan tidak ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Mereka berhak mendapatkannya bukan sebab Sabah satu wilayah tetapi kerajaan mahu pembangunan di Malaysia ini adil.

“Isu keadilan untuk kedua-dua negeri yang mana jika kita lihat sumber minyak negara datang dari negeri ini tetapi pada masa yang sama tidak mendapat peruntukan yang secukupnya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Bagi pihak saya juga, saya akan cuba sebaik mungkin untuk bangkitkan isu ini ke jemaah menteri dan berbincang bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Sri Gaya di sini hari ini.

Katanya, perkara demikian bukan sahaja berkait rapat dengan Sabah dan Sarawak sahaja tetapi pengiktirafan kedua-dua negeri sebagai wilayah adalah sesuatu yang amat besar.

Tambahnya, dari segi statistik jurang perbezaan peluang pekerjaan antara semenanjung, Sabah dan Sarawak sangat ketara dan pembangunan yang terbaik kepada Sabah dan Sarawak patut diutamakan.

“Statistik peluang pekerjaan yang sedia ada tidak mencukupi dan pengangguran belia di Sabah lebih tinggi daripada kadar nasional yang sedia ada.

“Kerajaan perlu menumpukan perhatian lebih dan fokus dalam pembangunan Sabah,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan