Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Sambut Baik, Sokong Penuh Penstrukturan Semula ESScom – Musa

musaesscom

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Sambil mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Musa yang juga Pengerusi ESSCom negeri berkata, pengumuman berkenaan bukti Kerajaan Persekutuan amat prihatin dan sentiasa memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha memantapkan lagi operasi ESSCom seterusnya mengukuhkan aspek keselamatan kawasan berkenan.

“Saya percaya pelantikan DCP Datuk Abdul Rashid Harun sebagai Komander ESScom merupakan satu langkah yang tepat.

“Beliau sememangnya memiliki pengalaman yang luas dan keupayaan yang tinggi dalam aspek keselamatan seterusnya berupaya meningkatkan lagi keberkesanan, kecekapan dan kewibawaan serta koordinasi dalam aspek keselamatan seterusnya berupaya meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan kewibawaan serta koordinasi yang mantap antara semua agensi keselamatan di bawah ESScom,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Musa berkata kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada usaha menambah baik dan memantapkan lagi operasi ESSCom demi memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negeri terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penstrukturan semula ESScom) dengan mewujudkan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.

Menurut Najib komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan bertujuan untuk menggembleng sumber agensi-agensi keselamatan bagi tujuan mempertingkatkan keberkesanan operasi.

Komponen itu akan diterajui seorang Komander ESScom yang mengetuai tiga bahagian khusus iaitu bahagian perisikan, bahagian keselamatan dan pertahanan serta bahagian operasi.

Najib berkata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESScom, DCP Datuk Abd Rashid Harun dilantik sebagai Komander ESScom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.

Abdul Rashid akan mengetuai bahagian perisikan, keselamatan dan pertahanan serta operasi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) berkuat kuasa 15 Julai.

Komen


Berita Berkaitan