Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH REDHA BERAKSI DEMI SAMBUTAN HARI MALAYSIA

KOTA KINABALU: Sabah masih bersemangat walaupun tidak diberikan `lampu hijau’ oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di Stadium Likas pada15 Sept menentang Pahang bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan D Piala Malaysia.

Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating berkata, permohonan sudah dikemukakan sejak awal lagi kepada FAM, namun badan induk bola sepak negara itu memberikan alasan mahu mengadakan perlawanan serentak bagi semua pasukan, malam ini.

“Kami sudah memohon untuk beraksi malam ini (15 Sept) tetapi tidak diluluskan oleh FAM. Bagaimanapun, kita akan terus permainan seperti ditetapkan.

Jurulatih Sabah, Jelius Ating (dua dari kanan) bersama pemain menjalani latihan. Gambar  Fail SNT/Ehsan Raymond Henry Gusi

“Sebenarnya, kami juga mahu menyambut Hari Malaysia esok, tetapi demi tugas kami perlu habiskan perlawanan dan berharap kemenangan berpihak kepada Sabah,” katanya Sabah News Today, Sabtu.

Begitupun, Jelius mengakui dia tidak akan menurunkan kesebelasan utama skuad Badak untuk pertemuan menentang Pahang dalam perlawanan itu yang disifatkan sebagai pelengkap jadual.

Menurutnya, beberapa pemain utama perlu direhatkan akibat kecederaan selain ada yang telah mendapat kad kuning kedua setelah mengharungi perlawanan di peringkat kumpulan sebelum ini.

“Ada pemain yang mendapat kad kuning, jadi jika mereka bermain esok dan dilayangkan kad kuning lagi, mereka akan digantung perlawanan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan suku akhir nanti,” katanya.

Antara pemain yang bakal direhatkan ialah Rawilson Batuil dan Mohd Azzizan Nordin yang baharu kembali daripada menyertai skuad kebangsaan, manakala Randy Baruh pula telah mengutip dua kad kuning.

Keputusan perlawanan malam ini tidak akan menggugat kedudukan Sabah kerana telahpun layak ke suku akhir Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan PKNP FC di Stadium Batu Kawan dua minggu lalu.

Kemenangan itu menguatkan kedudukan Sabah di tangga teratas Kumpulan D dengan Pahang di tempat kedua.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan