Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah rangka pelan lima tahun, memulihara hidupan liar

2:26pm 20/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 37 views Tempatan
William (empat dari kanan) menerima kunci emas daripada Gen (dua dari kiri) dan disaksikan oleh Kamarlin (tiga dari kanan)

William (empat dari kanan) menerima kunci emas daripada Gen (dua dari kiri) dan disaksikan oleh Kamarlin (tiga dari kanan)

PUTATAN- Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hidupan Liar Sabah merangka pelan lima tahun untuk memperkukuhkan usaha memulihara tiga spesis haiwan seperti Badak Sumatra, Orangutan dan gajah daripada ancaman kepupusan.

Menurut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Hj. Ombi, pelan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan usaha kerajaan negeri untuk memulihara hidupan liar di negeri ini.

Katanya, gajah telah menyebabkan berlakunya konflik antara manusia dan hidupan liar.

“ Pembersihan hutan untuk tujuan perladangan, terutamanya di kawasan gajah menyebabkan kehilangan habitat dan pengurangan sumber makanan dan hidupan liar yang lain.

“ Antara pelan- pelan tindakan tersebut ialah Pelan Tindakan Badak, Pelan Tindakan Orangutan, dan Pelan Tindakan Gajah,” katanya semasa berucap sempena majlis penyerahan tiga unit trak Daihatsu Hijet kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah, di Zoo Lok Kawi, disini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, Jabatan Hidupan Liar Sabah menerima tiga unit trak Daihatsu Hijet sumbangan Zoo Asahiyama dan Tabung Amanah Konservasi Borneo Jepun.

Kamarlin berkata, ketiga- tiga trak tersebut akan ditempatkan di tiga kawasan berbeza iaitu Pusat Penyelamatan Gajah Borneo (BES) di Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan, Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan Pusat Rehabilitasi Orangutan Sepilok untuk menghantar makanan di kawasan pusat pemuliharaan dan taman tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Hajah Mariam Omar, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya, Pengarah Zoo Asahiyama, Dr Gen Bando. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan