Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Pesat Membangun Atas Iltizam Kerajaan – ADUN Pantai Manis

10:15am 22/11/2016 Pak Roshan 7 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir

abdul-rahim-ismail-600x355

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatatkan pembangunan pesat dan lancar meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk kos tinggi berikutan saiznya yang luas, menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.

Beliau berkata cabaran berkenaan berjaya diatasi disebabkan iltizam dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan yang memerintah, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, untuk memastikan pembangunan dilaksanakan secara holistik.

“Kemiskinan di negeri ini dilaporkan pada kadar 8.1 peratus pada tahun 2012, telah berjaya diturunkan kepada 4.0 peratus pada tahun 2014. Saya amat yakin dan percaya, kerajaan akan dan sedang berusaha untuk mencapai sifar kemiskinan di negeri ini,” katanya ketika membahaskan Bajet Sabah 2017 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau katanya purata pendapatan kasar bulanan isi rumah di negeri ini pada tahun 2012 sebanyak RM4,013 telah berjaya ditingkatkan sebanyak 21.57 peratus kepada RM4,879 pada tahun 2014.

Selain itu, katanya 78 peratus isi rumah di Sabah telah menikmati kemudahan bekalan air paip manakala 99.3 peratus isi rumah di negeri ini sudah mendapat kemudahan bekalan elektrik.

“Di Sabah, terdapat lebih 23 buah hospital kerajaan dengan bilangan katil sebanyak 3,789.

Di samping itu, terdapat juga dua buah hospital/institusi perubatan khas yang mampu menempatkan seramai 806 orang pesakit pada setiap masa,” katanya.

Abdul Rahim berkata kerajaan juga telah menyediakan sebanyak 765 buah klinik yang terdiri daripada Klinik Kesihatan (123 buah), Klinik Desa (167 buah), Klinik 1Malaysia (29 buah), Klinik Pergigian (enam) selain klinik swasta.

Dari aspek pendidikan pula, katanya setakat April 2016, terdapat 1,072 buah sekolah rendah dan 219 buah sekolah menengah di seluruh Sabah dengan bilangan guru terlatih seramai 26,159 guru di sekolah rendah dan 15,722 orang di sekolah menengah.

Katanya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 706 kilometer melibatkan kos RM12.8 bilion pula amat besar maknanya kepada rakyat di Sabah kerana lebuh raya itu kelak akan merancakkan lagi agenda pembangunan dengan memacu perkembangan sektor ekonomi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan