Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah peruntuk RM1 juta tingkat PKS menerusi program SIRIM-Fraunhoufer

SANDAKAN, 29 Ogos (Bernama) — Kementerian Perdagangan dan Industri Sabah memperuntukkan  geran RM1 juta bagi peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini melalui Program SIRIM-Fraunhoufer.

Gambar Bernama

Pembantu menteri kementerian itu Azhar Matussin (gambar) berkata ia adalah komitmen berterusan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan perindustrian di negeri ini membabitkan usahawan PKS menerusi program tersebut yang direka khusus untuk mempertingkatkan produktiviti perusahaan itu melalui aplikasi teknologi dan intervensi.

“Sebanyak 25 syarikat PKS di negeri ini dibiayai untuk program SIRIM-Fraunhoufe bertujuan membantu perniagaan syarikat antaranya dari segi pengeluaran dan pengurangan tenaga kerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM-Industri di sini, hari ini.

Seramai 130 wakil daripada agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan pelbagai sektor hadir pada program itu yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi SIRIM.

Azhar berkata kerajaan negeri menjalin kerjasama erat dengan SIRIM dalam memperkasa bidang industri di negeri ini sebagai usaha mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan penghijrahan belia negeri ini ke Semenanjung untuk bekerja.

Pada masa sama, beliau berkata pemerkasaan bidang perindustrian juga penting kepada ekonomi negeri ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan