Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah perlu terap semangat juang James Wong, Matlan Marjan

10:21pm 23/01/2016 Pak Roshan 979 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
DATUK Seri Musa Aman bersalaman dengan pemain Sabah pada majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain/Pegawai Pasukan Bola Sepak Sabah 2016, hari ini. - Foto BERNAMA

DATUK Seri Musa Aman bersalaman dengan pemain Sabah pada majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain/Pegawai Pasukan Bola Sepak Sabah 2016, hari ini. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Musa Aman mahu skuad Liga Perdana Sabah mempamerkan komitmen dan semangat juang tinggi seperti yang pernah ditunjukkan legenda negeri itu, James Wong dan Hassan Sani.  Musa yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata ini tidak terkecuali kepada tiga pemain import yang akan beraksi dalam skuad Sabah.

“Saya tidak mengharap terlalu tinggi tetapi apa yang penting ada peningkatan berbanding sebelum ini. Corak permainan kena kemas dan bermutu.

Mereka perlu mengambil pengalaman dan semangat juang tinggi daripada dua lagenda bola sepak negeri ini.

“Suatu masa dulu kita ada lagenda bola sepak termasuk James, Hassan dan Matlan Marjan dan kita mencapai tahap yang baik. Oleh itu kita perlu berusaha agar tahap permainan seperti lagenda negeri ini dapat dikembalikan.

“Saya percaya dengan adanya semangat dan komitmen yang tinggi ditambah corak permainan yang kemas dan bermutu, serta ada disiplin, kita pasti akan berjaya,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain/Pegawai Pasukan Bola Sepak Sabah 2016 di sini sebentar tadi.

Turut hadir Pengerusi Penganjur, Datuk Lawrence Gimbang dan Pengurus Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Pada majlis itu, turut diumumkan tiga pemain import skuad Sabah iaitu Igor Cerina dari Croatia (pertahanan) Marco Tulio Lopes Silva (Brazil) dan Dedi Kusnandar (Indonesia).

Untuk jersi, skuad Liga Perdana akan memakai jersi warna merah ketika beraksi di laman sendiri manakala jersi warna biru di laman lawan dan warna putih sebagai jersi ketiga, serta penjaga gol pula akan memakai warna hijau.

Musa turut menjelaskan pemain tempatan diberi peluang untuk beraksi dengan skuad Sabah selain ada tiga pemain import.

“Ini adalah satu perkembangan yang sihat kerana kita memberi peluang kepada pemain tempatan Sabah untuk menunjukkan bakat mereka.

Saya percaya akan ada perubahan jika semua pemain akan berlatih dengan lebih gigih.

“Jika sebelum ini saya pernah memakai istilah `sayur’, bukan bertujuan menghina tetapi untuk memberi semangat kepada semua agar lebih berusaha dan berlatih.

Walaupun saya selalu tidak dapat hadir pada perjumpaan atau mesyuarat, tetapi saya sentiasa memantau dan mendapat laporan daripada timbalan dan pengurus pasukan mengenai prestasi pemain,” katanya. –  BH Online

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan