Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Patut Bersyukur Najib Jadi PM – Pairin

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara ini sebagai perdana menteri, kata Timbalan Ketua Menteri , Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, hari ini.

Daripada semua perdana menteri Malaysia sebelum ini, Najib terbukti merupakan seorang pemimpin yang bersedia mendengar suara rakyat dan peka dengan keperluan mereka, terutama di Sabah.

“Bagi Sabah, sepanjang 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) melayan kita seperti tanah jajahan, hanya untuk berkhidmat kepada kerajaan pusat.

“Beliau (Dr Mahathir) datang (ke Sabah) dan pergi, tanpa membuat sesuatu untuk menyelesaikan isu keselamatan di Sabah.

“Hanya Najib yang berbuat demikian dan sesungguhnya, kita memerlukan seseorang yang peka terhadap kita, yang akan memberi respons kepada kita. Oleh itu, kita perlu menghargai apa yang telah dilakukan di bawah Najib dan sudah tentulah juga di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman,” katanya kepada anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) BS pada majlis pelancaran manifesto tambahan PBS-Barisan Nasional (BN) N di sini.

Presiden PBS itu berkata Najib juga mempunyai perancangan jelas untuk membawa negara ini ke tahap lebih tinggi dan mentransformasi Malaysia menjadi sebuh negara yang melangkaui masa.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat supaya tidak terpedaya oleh janji pembangkang, terutama mereka yang telah mempersia-siakan peluang untuk melakukan kebaikan untuk rakyat dan negara ini pada masa lepas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan