Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Osca Warriors Rebels dan Saborc Sisterakas merangkul juara Kejohanan Ragbi Tambunan 10s 2016

4:26pm 15/03/2016 Leolerry Lajius 264 views Sukan,Tempatan
Perlawanan akhir cup Sabah Osca Warriors Rebels menentang Opps Family.

Perlawanan akhir cup Sabah Osca Warriors Rebels menentang Opps Family.

TAMBUNAN – Sabah Osca Warriors Rebels muncul sebagai juara akhir Kejohanan ragbi Tambunan 10s 2016  setelah mengalahkan Opps Family dengan skor 19 berbalas 5 manakala juara akhir cup kategori wanita  dirangkul oleh Saborc Sisterakas menumpaskan Lady Sharks dengan skor 5-0.

Kejohanan ragbi Tambunan 10s 2016 yang berlangsung baru-baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Kompleks Sukan Tambunan.

Kejohanan yang pertama kali diadakan ini disertai oleh 18 pasukan daripada daerah Penampang, Keningau, Tawau, Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuaan Labuan yang terdiri daripada 13 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita.

Pasukan Sabah Osca Rebels yang menjuarai perlawanan akhir cup Tambunan 10s 2016

Pasukan Sabah Osca Rebels yang menjuarai perlawanan akhir cup Tambunan 10s 2016

Juara akhir plat lelaki pula dimenangi oleh pasukan Sabah Osca Warriors Rugby Club menumpaskan Tambunan Warriors B 10-0. St Micheal telah menjuarai plat akhir wanita menumpaskan Angel Warriors dengan skor 10-0. Keningau Crocs telah menjuarai peringkat bowl menentang Karamunsing Monster dengan skor 7-5.

Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk menggumpul dana bagi penubuhan Kelab Ragbi Tambunan disamping menggalakkan penyertaan umum dalam melibatkan diri untuk menyokong pembangunan sukan ragbi.

Kejohanan yang berlangsung selama sehari ini diakhiri dengan acara cabutan tiket bertuah yang disertai oleh pengunjung dan peserta pertandingan. Hasil jualan tiket bertuah tersebut telah disalurkan kepada Kelab Ragbi Tambunan.- Syafathin M.Y.

Pasukan Saborc Sisterakas yang menjuarai perlawanan akhir cup kategori wanita.

Pasukan Saborc Sisterakas yang menjuarai perlawanan akhir cup kategori wanita.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan