Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,431

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah terima kunjungan Kementerian Belia Sukan dan Solidariti Sarawak

KENANGAN… Tawfiq (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan delegasi Kementerian Belia Sukan dan Solidariti Sarawak yang diketuai Abdul Karim (lapan dari kiri) sempena majlis makan malam, disini, semalam. Turut kelihatan, Setiausaha KBS, Kameri Affandi (sembilan dari kanan). Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU: Satu rombongan delegasi daripada Kementerian Belia Sukan dan Solidariti Sarawak telah membuat lawatan kerja di negeri ini.

Rombongan itu terdiri daripada 12 orang dan diketuai oleh Menteri Muda Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, terdapat banyak perkongsian yang boleh dilakukan bagi meningkatkan prestasi atlet dan membangunkan sukan di negeri ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak hebat dari segi sukan. Justeru itu, terdapat banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada mereka,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Makan Malam Menteri Belia Sukan bersama rombongan Kementerian Belia Sukan dan Solidariti Sarawak, disini, semalam.

Dalam masa sama, jelasnya, kunjungan itu juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kedua- dua buah negeri.

“Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan kerjasama di antara kementerian saya dengan kementerian yang sama di Sarawak,” tambahnya.

Sementara itu, Abdul Karim berkata kunjungan itu bukan sahaja meningkatkan kerjasama dan merapatkan silaturahim antara dua buah negeri namun ia juga bertujuan melawat pelajar- pelajar Sarawak yang belajar di sekolah sukan di negeri ini.

“Kita mempunyai ramai pelajar yang menuntut di sekolah sukan di Sabah. Kita hendak melihat pencapaian dan sekaligus memberi semangat kepada mereka.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, khususnya kerana telah sanggup menerima ramai pelajar dari Sarawak.

“Kita akan melihat pencapaian mereka meningkat dan kesemua pelajar ini akan terlibat dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan datang,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda