Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah menerima kunjungan hormat daripada Australia

3:41pm 10/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 39 views Tempatan
Peter (kiri tengah)  menyerahkan dokumen informasi perdagangan kepada Datuk Raymond Tan

Peter (kiri tengah) menyerahkan dokumen informasi perdagangan kepada Datuk Raymond Tan

KOTA KINABALU- Menteri Penglibatan Asia dan Perdagangan Wilayah Utara Australia, Peter Style dan para delegasi telah membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan, pagi ini.

Menurut Peter Style, lawatan beliau adalah untuk membina hubungan diplomatik antara Malaysia dan Wilayah Utara Australia bagi mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan dan perniagaan.

Dalam pertemuan tersebut, Raymond mengalu-alukan Peter Style dan para delegasi untuk melawat ke Sabah sempena Mesyuarat BIMP-EAGA ke-19 yang sedang berlansung.

Disamping itu, Raymond juga memaklumkan kepada Peter bahawa Sabah mempunyai lokasi yang sangat strategik untuk perdagangan.

Beliau juga berharap agar para perniaga dari Australia supaya melabur dan memperkenalkan teknologi kepada sektor perniagaan di Sabah.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan